Sunday, December 27, 2009

Masjid Baru Putrajaya


Kedatangan adik beradik dari Pontian hujung minggu ni memeriahkan rumah Pak Cik. Disamping memenuhi undangan Walimahtulurus, juga meraikan kejayaan anak dan anak2 sedara dalam PMR, juga transit kakak yang sulung hantar Pipah ke UiTM Tronoh.
Dalam kesibukan itu singgah berjemaah di masjid baru Putrajaya.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Thursday, December 24, 2009

Potong, potong, potong

Cuti sekolah meniti kepenghujungnya. Antara aktiviti popular adalah potong. Teringat penghujung 70-an, Pak Cik masuk jawi. Tak macam sekarang pakai smart-clamp, juga tak macam dulu kala, pakai batang pisang. Dah ada Tok Mudim moden.
Operasi ini cuma dibuat di rumah Tok Mudim Moden ini sahaja, di dalam satu bilik yang dipisahkan dengan tirai sahaja. Tok Mudim moden tu ada anak dara yang satu sekolah dengan Pak Cik dan Pak Cik selalu sakatnya. Nak dijadikan cerita, bila turn Pak Cik, anak dara Tok Mudim moden ni, lalu sebelah bilik operasi itu dan tirai terkuak ditiup angin. Pak Cik tak fokus pada anak dara Tok Mudim moden tu, sebab pada masa tu Pak Cik hanya risau dan berdoa agar Tok Mudim moden tidak terpotong habis, kalau tidak, habislahhhh...
Bila habis tempoh berpantang dan confirm jadi jantan serta sekolahpun dibuka semula, seperti biasa Pak Cik mulalah nyakat anak dara Tok Mudim moden ini. Biasalah budak2 sekolah, sakat punya sakat, ada satu jawapan yang selepas itu Pak Cik tak sanggup nak sakat dia lagi...[tidak melepasi Lembaga penapisan]


selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Wednesday, December 23, 2009

Masjid UIA PJ

Masjid UIA di Petaling Jaya ini banyak meninggalkan kenangan kat Pak Cik. Masa awal-awal kahwin dulu, setiap hari petang Jumaat tunggu mak andeh kat situ. Maklumlah kawin dengan budak sekolah, ops mahasiswi. Hanya hujung minggu kami bersama, dalam weekend husband wife itu, sangkut gak, dapat anak yang sulung .... maklum dah peram seminggu...namun bergantung jugak kepada trafik light, ada merah dan ada hijau... choobaaaaannn...
Baru2 ni, Pak Cik singgah situ lepas kelas di Mount Kiara, luarannya masih seperti dulu, tapi hiasan dalamanya waduh-waduh, kelas gitu....

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Wednesday, December 16, 2009

Selamat Pengantin Baru dan Takziah

Hujung minggu lalu balik kampung ziarah Yong [mak]. Sambil memenuhi undangan majlis perkahwinan cucu jiran depan rumah di Tampoi. Kebetulan pula seorang menantunya tengah tenat di Hospital Sultanah Aminah, sakit barah [wanita]. Cadangnya, selepas kenduri kami akan ke JB untuk ziarah.
Dalam keseronokan menjamu briani, berita dari hospital sampai, menantu yang tenat tadi telah menghembuskan nafas terakhirnya, innalillahi wa innailaihi rajiun. Betapa sayunya hati ahli keluarga ini, air mata bercucuran tak tertanggung lagi menerima takdir ini. Dalam kesedihan bibir tetap tersenyum menyambut tetamu.
Itulah dia, dalam kegembiraan keluarga ini menyambut ahli baru, juga turut meratapi pemergian ahli keluarga yang disayangi.
Teringat juga kesedihan yang ditanggung keluarga dan pengantin perempuan yang kematian suaminya selepas 3 jam bernikah di Kedah.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Monday, December 7, 2009

Musafir di Jasin

Jasin, sebuah pekan kecil berhampiran Ayer Keroh pusat pentadbiran Melaka. Dipenuhi deretan kedai sebagaimana pekan kecil yang lain. Monumen tengkolok di tengah bulatan, walau Sultan telah tiada lagi di negeri ini. Selain ribuan burung yang akan mula berzikir waktu pagi dan senja.
Apa lagi yang boleh dilakukan bila keseorangan di bilik hotel.
1. Baca emel
2. Update blog dan facebook
3. Sembahyang jama' Ta'dim atau Ta'akhir, jangan Ta'yah sudahlah...
4. Baca buku_Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem
5. Jawab SMS dan missed call
6. Call anak dengar sendunya yang bergaduh dengan sepupu
7. Call mak anak, apa? touch n go hilang lagi????
7. Ops beli pisau cukur, sapa suruh keluarkan dari travel kit...
8. Dandan diri, harap2 xde bayang asing dalam cermin... hei serammmm
9. Turun bawah kejap, pekena sop kat Pak Din Restoren, sambil jengah2 kedai TV, tengok TV plasma, mmmmmm
10. Pekena kopi, kopi kan ada antioksidan semulajadi, baru tanya, kita dah abis lama...kata maya karin
11. Tengok TV ops TV tengok kita
12. Buat kerja opiz, malas lah plak...
apa lagi.... tidolah...zzzzzzzzzzz sampai besok....

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Bersama Ramlee Awang Murshid



5 Dis 2009 di Pesta Buku Alaf 21, Shah Alam.

Bertemu penulis novel thriller No. 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid.

Anak-anak pulak dengan Aisya Sofea [Adam dan Hawa]

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Tangan Yang Menadah


Peluang berada di seberang selama 4 hari 3 malam menimbulkan keinsafan. Betapa hidup ini wajib disyukuri. Masih ada yang lebih terhimpit hidupnya.




selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Wednesday, June 3, 2009

Berita Runtuh Lagi

sumber gambar www.kosmo.com.my

Belumpun reda dan belumpun selesai siasatan dan laporan kejadian runtuh di Petaling Jaya, tiba-tiba kita dikejutkan lagi dengan berita runtuh. Untuk kaki shoping, harga runtuh memang dinantikan, tetapi berita runtuh tidak baik untuk Pihak Berkuasa Tempatan, JKKP, CIDB, Kontraktor, Tuan Punya Bangunan, Arkitek, Konsultant, Pembekal malah pembayar cukai yang turut 'membiayai' sesuatu projek itu.
Pembinaan sesuatu projek kerajaan bukan ditanggung oleh 'bapak dia'. Kalau duit bapak diapun, mesti bapak dia marah...Setiap pembayar cukai menanggung kos pembinaannya, maka, pesoalan ini perlu kepada jawapan ;
1. Polisi keselamatan ada ke tidak
2. Prosedur keselamatan diimplementasi atau tidak
3. Adakah bahan yang digunakan di terima
4. Siapa yang menerima bahan berkenaan
5. Adakah method statement diterima, siapa yang mengesahkannya
6. Siapa yang meluluskan keadah pemasangan struktur bumbung
7. Siapa yang meluluskan pembayaran
8. Adakah pembekal ini pembekal yang diluluskan
9. Adakah Kontraktor utama berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan stadium
10. Adakah team kontraktor, mereka yang berpengalaman dalam pembinaan stadium
11. Adakah sistem 'design and built' sesuai pada masa ini.
12. Dengan kos RM300 juta, adakah berbaloi.


selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Bekas Pasaraya Jaya di Petaling Jaya runtuh.


Gambar dari www.kosmo.com.my

Beberapa soalan boleh dikemukakan dari kejadian ini.

1. Adakah Penyelia ada semasa kejadian
2. Siapa yang meluluskan 'method statement' untuk kerja-kerja itu.
3. Adakah pekerja tersebut mahir dalam kerja-kerja perobohan
4. Adakah pekerja telah diberi maklumat tentang bahaya kerja perobohan itu.
5. Siapa yang mengarahkan kerja dibuat sedemikian rupa
6. Berapa kerap pemeriksaan dibuat.
7. Adakah pemantauan struktur dibuat semasa kerja-kerja perobohan.
8. Adakah prosedur kerja dan keselamatan dipatuhi.
9. Ada Polisi dan Safety Manual tak

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Wednesday, May 27, 2009

JKR


sumber gambar : http://wpkl.jkr.gov.my/
Aduhai dah lamanya tak update. Kesibukan jadi Pengurus Projek untuk rumah isteri, buat counter top, tambah loteng, beli lampu, tinjau perabot, kerja cat sikit, mop lantai, ehh dah lama tak buat kerja ni, sakitnya pinggang.... Insyaallah bulan depan jadi warga Bandar Puteri, Klang. Mudah-mudahan tempat baru, membawa inspirasi baru serta rezeki yang melimpah ruah. Semoga Allah memberkati hijrah ini.

22 Mei lepas membawa Pak Cik ke Akademi Binaan Malaysia, Jalan Chan Siow Lin. Ahh rupa-rupanya Pegawai-pegawai JKR Wilayah Persekutuan yang akan dilayani.

Syukur Alhamdulillah, seperti biasa majlis lancar, peserta sangat responsif dan ceria. Tak lupa layanan dan juadah yang disediakan. Yang indahnya ada kenang-kenangan dari Tn Pengarah JKR Wilayah.

Jasin, Melaka.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Tuesday, April 21, 2009

Assalamualaikum

Kesibukan berkempen di 2 bukit membawa kepada terabai sedikit blog ini. Ops bukan disitu, tetapi tugasan mencari sesuap nasi. Alhamdulillah deretan kelas-kelas dari Sabak Bernam, Kepala Batas, secara berkala di Jitra dan Behrang, bersambung pulak di Kampung Pandan membawa rasa rasa syukur yang tidak terhingga.

Bila bekerja sendiri apatah lagi konsep ada kelas ada gaji, hanya kepada Allah berserah disamping usaha dan bantuan rakan-rakan.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Tuesday, March 24, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Cuti sekolah baru-baru ni dipenuhi dengan sessi Jalan2 cari makan dan juga makan2 jalan...
Dari Jitra, kami ke Pantai Timur, Pantai Balok dan juga terus ke Sura Gate, Dungun, Terengganu.
Dari matahari terbit di Pantai Balok, bersua dengan Kampung Sungai Karang, Kuantan [tempat tanah tumpah darah PakCik di Johor tu, Sungai Karang gak namenya]. Juga menyaksikan matahari terbenam di Lebuhraya Pantai Timur.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Saturday, March 7, 2009

POLIMAS

Bersama lagi pelajar-pelajar Polimas yang baik hati. Perkataan bar, TERGELINCIAQ, TERTOMOIH, TERJERLUIH, TERTIMBIUH...PANAS LIT LIT, KETEGAQ
selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Friday, March 6, 2009

Juadah dari ILP Kuantan

Bulan lepas dari 23 hingga 26 Februari PakCik ke Gebeng lagi. De Rhu, Pantai Balok tetap jadi pujaan hatiku... Perkataan yang dipelajari REBAH NUNGGENG, TERADOK

Ahh berpeluang merasai Pasar Malam di sana, tak tau nak pilih yang mana, yang dijual atau yang menjual. Tak lupa kepada pelajar2 Kimpalan, Elektronik dan IT, anda memang hebat.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Jitra

Perjalanan dari PJ ke PJ. Petaling Jaya ke Pekan Jitra pada 5 Mac 2009 agak meletihkan. Singgah CIDB Ipoh, Bangunan KWSP, Jalan Greentown untuk menyelesaikan urusan pendaftaran kursus satu politeknik di sana. Kalau sesat, bertanyalah. Dikala itu, berjumpa dengan promoter kad kredit, ahh betapa mulia hati amoi ini, mungkin nampak blur dengan panduarahnya, amoi ini dengan sukarela suruh PakCik ikut keretanya, dia tunjukkan sampai depan bangunan KWSP itu. Selamat maju jaya kepada amoi ini. Nak keluar satu hal lagi. Tanya plak kat Pegawai di pejabat tu, kali ini siap buatkan plan, aduhai... baiknya hati orang2 ini...

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Tuesday, February 24, 2009

UiTM SARAWAK


Kelas berlangsung 22hb Feb 2009 yang lalu.
Meriah, nakal dan hyperaktif.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Juadah istimewa dari Sarawak


Berjalan-jalan di Pekan Satok, ops akhirnya terjumpa jugak yang satu ini.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Monday, February 23, 2009

Yang Masih Hidup

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir sekelian alam. Syukur ke hadratNya yang memberi nikmat hidup, islam dan iman.
Lamanya tak menjengah di sini, dah jadi sesawang agaknya. Dek kesibukan menjalankan tugas trainer, dari Behrang ke Ipoh, ke Jitra dan Alor Star, langsung ke Kuching dan kini di Kuantan sebelum menyambung tugasan di Sabak Bernam dan awal Mac nanti di Jitra lagi, sampai tak sedar dah dekat sebulan blog ni terbiar, naik semak agaknya.
Alhamdulillah kesempatan yang ada ini, dapatlah mengetuk kembali butiran keyboard untuk menyambung kembali hayat blog.
selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Sunday, January 18, 2009

DOA BUAT PALESTIN


Petikan rencana dari Ekspresi ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN. Metro Ahad 11 Januari 2009

Pilih salah satu daripada tindakan berikut untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan sedang cuba dijajah ;

1. Bantuan tenaga dan diri
Pergi ke medan palestin untuk menghantar bantuan kemanusiaan, perubatan, psikologi atau fizikal.

2. Bantuan harta
Infaqkan harta samada kewangan, pakaian dan lain kepada badan2 yang boleh dipercayai.

3. Bantuan doa
3.1 Qunut Nazilah
3.2 Doa ketika sujud
3.3 khatib bacalah doa pada hujung khutbah jumaat
3.4 di waktu2 yang maqbul doa
4. Solat Hajat
Samada secara individu atau berjemaah

5. Menyertai demontrasi aman
sertailah dengan aman dan makmurkannya.

6. Menulis
Samada di blog masing2, web, forum atau lain2 media mengenai kezaliman Yahudi Zionis.

7. Ceramah
Jika mampu beri ceramah mengenainya atau hadiri ceramah berkaitan dengannya

8. Boikot
Boikot barangan Yahudi dan AS

Tingkatkan kepedulian kita. Jangan disangka usaha kita kerdil, tidak mampu memberi kesan. Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hambanya yang bersangka baik dan taat kepadaNya


selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Saturday, January 17, 2009

Gelombang Rakyat

Tiba-tiba malam ni, mata susah nak lelap. Melihat, merasai denyut nadi dari kejauhan rakan2 di Kuala Terengganu meraikan kemenangan. Gelombang rakyat kian melata. Akan sampai waktunya...TV pemerintahpun tak serakus seminggu dua ni menyiar dan menghantui fikiran rakyat dengan kenyataan yang memihak. Tiada puncak keghairahannya...
selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Wednesday, January 14, 2009

Belajar akui kesalahan

Selepas beraksi 'che kung' [tai chi lah tu] di Tasik Taman Jaya PJ, terus ke pasar, berbagai ragam makcik dan pakcik. Pagi tadi betapa geramnya sorang makcik tu bila kena saman pakir. Dengan muka menyinga direntap kertas saman di celah wiper, mengatur langkah dengan deras, sambil merenyuk kertas saman. Tak cukup dengan itu, di siat-siat dengan penuh amarah... aduhai... bukan salah orang lain makcik oii, pegawai penguatkuasa tu jalankan tugas aje, belajarlah untuk akui kesalahan [tak bayar pakir...]
Langkah2 keselamatan yang patut di ambil ;
1. jangan tinggalkan barang berharga di dalam kereta yg boleh menarik minat.
2. pakir di tempat yang disediakan
3. hand break jangan lupa
4. bayar pakir, kalau tidak nanti kena saman, marahlah pulak
5. ops kunci, jangan tak kunci
6. tawakkal
selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Monday, January 12, 2009

Hujung Minggu


Masih lagi dalam mood Tahun Baru, urusan kerja banyak dah selesai, cuma meja CEO tu masih serabut lagi.
Kelas pertama tahun ini di Poly Shah Alam, malangnya cancel sebab hanya 3 orang yang datang daripada 21 peserta. Pengalaman biasa yang dilalui sebagai Trainer. Alhamdulillah, ada hikmahnya tu. Shah Alam dekat, pernah berlaku di Lukut, kita awal pagi dah sampai, tapi peserta tak sampai2.
Hujung minggu di Akademi Binaan Malaysia [ABM], Jalan Chan Siow Lin, termasuk juga dalam kelas itu ialah 'pemain import' dari Korea dan Jepun.
Tak ketinggalan bersama famili beriadah, kali ini Taman Rakyat Klang jadi pilihan. Selepas meredah belantara, bersenam robik lah pulak...

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Sunday, January 4, 2009

Pagi Minggu

Peluang hari minggu bersama anak-anak diguna untuk beriadah. Minggu ni Tasik Jaya, PJ jadi pilihan. 1hb lalu di Tasik Titiwangsa, pas tu pekena nasi lemak kat Kg Baru. Sama-sama erobik, juga mengendeng-ngendeng krew RTM buat siaran langsung Hujung Minggu Malaysia.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan