Wednesday, December 16, 2009

Selamat Pengantin Baru dan Takziah

Hujung minggu lalu balik kampung ziarah Yong [mak]. Sambil memenuhi undangan majlis perkahwinan cucu jiran depan rumah di Tampoi. Kebetulan pula seorang menantunya tengah tenat di Hospital Sultanah Aminah, sakit barah [wanita]. Cadangnya, selepas kenduri kami akan ke JB untuk ziarah.
Dalam keseronokan menjamu briani, berita dari hospital sampai, menantu yang tenat tadi telah menghembuskan nafas terakhirnya, innalillahi wa innailaihi rajiun. Betapa sayunya hati ahli keluarga ini, air mata bercucuran tak tertanggung lagi menerima takdir ini. Dalam kesedihan bibir tetap tersenyum menyambut tetamu.
Itulah dia, dalam kegembiraan keluarga ini menyambut ahli baru, juga turut meratapi pemergian ahli keluarga yang disayangi.
Teringat juga kesedihan yang ditanggung keluarga dan pengantin perempuan yang kematian suaminya selepas 3 jam bernikah di Kedah.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

No comments: