Sunday, January 18, 2009

DOA BUAT PALESTIN


Petikan rencana dari Ekspresi ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN. Metro Ahad 11 Januari 2009

Pilih salah satu daripada tindakan berikut untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan sedang cuba dijajah ;

1. Bantuan tenaga dan diri
Pergi ke medan palestin untuk menghantar bantuan kemanusiaan, perubatan, psikologi atau fizikal.

2. Bantuan harta
Infaqkan harta samada kewangan, pakaian dan lain kepada badan2 yang boleh dipercayai.

3. Bantuan doa
3.1 Qunut Nazilah
3.2 Doa ketika sujud
3.3 khatib bacalah doa pada hujung khutbah jumaat
3.4 di waktu2 yang maqbul doa
4. Solat Hajat
Samada secara individu atau berjemaah

5. Menyertai demontrasi aman
sertailah dengan aman dan makmurkannya.

6. Menulis
Samada di blog masing2, web, forum atau lain2 media mengenai kezaliman Yahudi Zionis.

7. Ceramah
Jika mampu beri ceramah mengenainya atau hadiri ceramah berkaitan dengannya

8. Boikot
Boikot barangan Yahudi dan AS

Tingkatkan kepedulian kita. Jangan disangka usaha kita kerdil, tidak mampu memberi kesan. Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hambanya yang bersangka baik dan taat kepadaNya


selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

4 comments:

en_me said...

amin..

adie said...

salam encik hayi..sy student daripada politeknik sabak bernam..masih xdapat kad hijau cidb
nama saya Adie.. kau89@yahoo.com

Anonymous said...

Senyap aje bang haji, pi mana niiiii

alhayi said...

En Adie, emailkan maklumat penuh, nama dan No KP. Rasanya semua kad utk pelajar Poly Sabak Bernam telah saya qurier kepada En Shahizan. Cuba rujuk dengan dia dulu ya, kalau takde gak, hubungi saya.