Monday, June 11, 2012

GERAMMMM...

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Tanggal 10 Jun 2012, aku mengendalikan kursus untuk sebuah kilang di Meru Selangor. Pesertanya terdiri daripada 'pemain-pemain' import dari Pakistan, Myanmar, Vietnam dan Indonesia, tidak ketinggalan pekerja tempatan. Peserta wajib menghadirinya jika hendak dapatkan Kad Hijau CIDB. Tak hadir, tak dapatlah...
Person in charge awal-awal beritau, ada kenduri kawin, "boleh tak nanti saya sain"... menyirap darah aku...wah sedap-sedap nak makan kenduri, aku ngko biar kebulur kat sini..banyak canteekk..
Sekonyong-konyong datang pulak wanita Cina yang berumur, tanya, "mana mau sain"...lagi darah aku naik...
"apa sain-sain...Kalau mau kad hijau, U duduk sini, kalau tak, dapat kad merah..." jawapku geram...
Tengahari, Bos muda datang menyibuk..."nanti itu orang [merujuk kepada Part time Safety Officernya yang jadi orang tengah kepada kursus ini] datang settle dengan U ya..."
"mau settle apa lagi......" tanyaku menutup perbincangan.

Hai waktu tengahari ni, tak ada orang ke pelawa atau tanya aku makan ke tidak... bukanlah mengharap, tapi budi bahasa...dahlah staf ngko bermasalah, perkara melayan tetamu ni pun, nak kena ajar, memang KURANG AJAR korang ni..

Bila selesai kelas, SHO itu dah tercegat depan pintu pagar, keluar keretanya sambil tersengih macam kerang busuk. Merayu-rayu minta 'settle' kakitangan pejabat yang tidak hadir dapat di masukkan senarai..."dulu dengan trainer lama, senang aje..."

"kenapa tak panggil dia..." jawap ku menyindir...

Cukuplah, aku bukan kerja dengan Bapak ngko... dan aku ada moral.. dengan korang yang tak ada tata susila ni memang patut disekolahkan...

Thursday, May 24, 2012

Ingatan, Amaran dan Petunjuk Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, tergerak hati nak menatap kembali Blog ku ini yang telah lama bersawang.


Allah sering mengingatkan kita, memberi amaran dan petunjuk kepada kita. Ingatan, amaran dan petunjuk itu pula dalam apa jua bentuk, ilham, kata-kata juga kadangkala kejadian.


"Ayah nak ke Surau ke" tanya anak no 5 ku, suatu senja.
"Yee lah..." jawabku ringkas.
"Kenapa kena pergi? tanyanya lagi.
"Allah panggil hari-hari, kita kena pergilah..." jawabku lagi.
"Tapi.. tak nampakpun Ayah pergi Surau hari-hari..." satu pertanyaan, juga peringatan yang berbisa darinya.

Saturday, May 8, 2010

Salim pun ambik Kad Hijau


Dalam setiap kelas yang dikendali, kadang kala bersua dengan wajah2 yang pernah dilihat sebelum ini, tapi dimana ya...mungkin benar ada 7 wajah seiras dengan kita...

salah seorang dari nya, Salim [Iklim]


Pernah ada,
rasa cinta
antara kita
kini tinggal kenangan...



selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Saturday, May 1, 2010

Telur Ayam

Dah lama tak update blog ni, sehingga ditegur seorang pelawat cum 'anak murid' kad hijau.
Semasa kursus kad Hijau, Pak Cik selalu gak bertanya2 dalam kelas, untuk mendapat respon dan menyegarkan peserta.
Dalam salah satu kursus, Pak Cik tanya contoh alat kelengkapan keselamatan, entah kerana excited nak jawap atau terlalu khusyuk, peserta itu dengan kuatnya jawab = telur ayam... aduhai Pak Cik yang sakit perut ketawa..
selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Monday, March 22, 2010

Cucu baru dan Embah


Dari Lumut kami meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam. Terus ke rumah arwah Lek Roskam, ziarah cucu baru. Excitednya anak2, bila jumpa baby. Itu yang rasa macam nak baby lagi...
Tidur sekejap, penat ooo...
Ke Tebuk Jawa pulak.
Aduhai pilunya hati melihat Embak yang semakin uzur. Kudratnya masih gagah, namun ingatannya tidak seperti dulu. Dulu setiap kali kami ziarah Embah, Embah tidak lokek dengan doa-doa yang diajarkannya kepada kami, tapi kini, kami hanya mampu berdoa untuknya. Embah sudah tidak macam dulu...

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Dari Klah ke Lumut 1


Kesempatan cuti sekolah yang lepas, bawak family jalan-jalan dan makan2 ke Perak. Lepas Mesyuarat PIBG SAM Sg. Selisih, tempat si Kembar, bersama mertua dan adik ipar, kami konvoi ke Sg Klah. Puas berendam di sana. Alamak hujan pulak di akhir sessi rendaman.
Perjalanan di teruskan ke Lumut. Sampai dah maghrib. Dek kepenatan, malam tu terperap kat bilik masing2 di Hotel Flamingo, Sitiawan. Esoknya pagi2 lagi masing2 dan berendam dalam kolam renang. Aduhai.
Pagi2 lagi dah cari sarapan kat Seri Manjung, tutup plak Restoran Mekar, belakang Petronas tu, ops ada Pasar Tani plak. Jauhnya pergi pasar tani, dari Klang ke Seri Manjung. Ha kau, tak cukup tangan mem aku dengan mak dia memborong sarapan.
Naik kolam, masing2 dah kelaparan, licin sarapan dari pasar tani tadi. Lepas itu ke Lumut. Fullamak! lawa dah Lumut sekarang ni...
Lepas memborong hasil laut dan t-shirt Lumut, kami check out dan teruskan perjalan ke Sabak Bernam.

....sambung...

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan dan kesihatan

Monday, January 25, 2010

Belasungkawa Almarhom Paduka Sultan Iskandar


Berkabung 7 hari....

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan