Kesempatan cuti sekolah yang lepas, bawak family jalan-jalan dan makan2 ke Perak. Lepas Mesyuarat PIBG SAM Sg. Selisih, tempat si Kembar, bersama mertua dan adik ipar, kami konvoi ke Sg Klah. Puas berendam di sana. Alamak hujan pulak di akhir sessi rendaman.
Perjalanan di teruskan ke Lumut. Sampai dah maghrib. Dek kepenatan, malam tu terperap kat bilik masing2 di Hotel Flamingo, Sitiawan. Esoknya pagi2 lagi masing2 dan berendam dalam kolam renang. Aduhai.
Pagi2 lagi dah cari sarapan kat Seri Manjung, tutup plak Restoran Mekar, belakang Petronas tu, ops ada Pasar Tani plak. Jauhnya pergi pasar tani, dari Klang ke Seri Manjung. Ha kau, tak cukup tangan mem aku dengan mak dia memborong sarapan.
Naik kolam, masing2 dah kelaparan, licin sarapan dari pasar tani tadi. Lepas itu ke Lumut. Fullamak! lawa dah Lumut sekarang ni...
Lepas memborong hasil laut dan t-shirt Lumut, kami check out dan teruskan perjalan ke Sabak Bernam.
....sambung...
selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan dan kesihatan
No comments:
Post a Comment