Monday, March 22, 2010

Cucu baru dan Embah


Dari Lumut kami meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam. Terus ke rumah arwah Lek Roskam, ziarah cucu baru. Excitednya anak2, bila jumpa baby. Itu yang rasa macam nak baby lagi...
Tidur sekejap, penat ooo...
Ke Tebuk Jawa pulak.
Aduhai pilunya hati melihat Embak yang semakin uzur. Kudratnya masih gagah, namun ingatannya tidak seperti dulu. Dulu setiap kali kami ziarah Embah, Embah tidak lokek dengan doa-doa yang diajarkannya kepada kami, tapi kini, kami hanya mampu berdoa untuknya. Embah sudah tidak macam dulu...

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Dari Klah ke Lumut 1


Kesempatan cuti sekolah yang lepas, bawak family jalan-jalan dan makan2 ke Perak. Lepas Mesyuarat PIBG SAM Sg. Selisih, tempat si Kembar, bersama mertua dan adik ipar, kami konvoi ke Sg Klah. Puas berendam di sana. Alamak hujan pulak di akhir sessi rendaman.
Perjalanan di teruskan ke Lumut. Sampai dah maghrib. Dek kepenatan, malam tu terperap kat bilik masing2 di Hotel Flamingo, Sitiawan. Esoknya pagi2 lagi masing2 dan berendam dalam kolam renang. Aduhai.
Pagi2 lagi dah cari sarapan kat Seri Manjung, tutup plak Restoran Mekar, belakang Petronas tu, ops ada Pasar Tani plak. Jauhnya pergi pasar tani, dari Klang ke Seri Manjung. Ha kau, tak cukup tangan mem aku dengan mak dia memborong sarapan.
Naik kolam, masing2 dah kelaparan, licin sarapan dari pasar tani tadi. Lepas itu ke Lumut. Fullamak! lawa dah Lumut sekarang ni...
Lepas memborong hasil laut dan t-shirt Lumut, kami check out dan teruskan perjalan ke Sabak Bernam.

....sambung...

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan dan kesihatan