Duduk Pak Cik, Ya nak makan apa? Pelayan gerai di tepi padang datang menyapa..
Ok saya nak tomyam campur, telur beefsteak, kailan belacan, ayam paprik, nasi goreng. Si abang meyampuk, nak otak-otak jugak, si kecil yang kelaparan selepas sesi latihan renangnya merengek nak cepat. Maknya pulak sibuk nak satay...Sambil menunggu layan jugaklah berita yang dipapar ke skrin besar. Tiba-tiba berdentum pulak bunyi muzik dari pembesar suara dari gerai sebelah. Hai gerai sebelah menyebelah ada speaker masing-masing. Mana satu nak dengar ni...[cerita di lain Post...] Bila makanan sampai, makanlah dengan lahapnya, maklum lepas berenang [anak-anak ajelah..]
Tibalah masa nak bayar, panggillah pelayannya, datanglah si gadis tadi, sambil bertanya, "Makan apa tadi Pak Cik?"... Pantangnya Pak Cik bila nak bayar, ditanya lagi makan apa tadi...Mau aje jawab, bawang kecil, bawang putih, sos, air, daun limau purut, cili, daging ayam, udang kecik, serai, belacan, daun kailan, telur, sos tiram. Huh, tak boleh ke bila ambik order tadi, simpan catatan order di kaunter, catatkan no meja, catatkan harga setiap order tadi, siap sedia dengan jumlah harga bila pelanggan siap makan. Aduhai...
selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan