Pada Jumaat lalu, 26hb, kami sekeluarga menghantar si kembar, Raudhah dan Raihan ke Kem Kecemerlangan Diri anjuran Berita Harian. Taklah jauh sangat, satu jam perjalanan dari Petaling Jaya ke Tol Tanjong Malim. Cuma laluan nak masuk ke Kem Rekreasi Sungai Gading, Ulu Bernam tu, memang mencabar, satu motivasi awal untuk ibubapa. Dalam hujan lebat, bergilir2 masuk ke kem sejauh 5 km melalui jalan yang muat2 sebuah kereta. Bagaimanalah masa nak ambik nanti, pastinya kereta berpusu-pusu dan sesak, maka sabar ajelah ya.
Semoga anak dua orang tu tabah mengharungi kehidupan dalam hutan kecil tu dan kenal erti hidup...
selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan
1 comment:
siapa lah 2 kan.memang best pegi kem 2 tau sape x pegi,nasib lah.memeng best...
Post a Comment