Sunday, December 28, 2008

1 Muharram 1430


Selamat Menyambut Maal Hijrah.

Semoga kesempatan yang ada akan dapat digunakan untuk membaiki kekurangan diri, menambah amal dan bertaubat. Dengan harapan tahun2 mendatang lebih baik dari tahun2 yang telah dilalui.



selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Saturday, December 27, 2008

Bowling

Hari ni, 27hb, kami anak beranak, kecuali si Kembar tu yang mengikuti Kem di Ulu Bernam, ke IOI, Puchong, bersantai sambil bermain Bowling. Boleh tahan jugaklah, banyak jugak bola yang masuk ke longkang.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Kem Kecemerlangan Diri

Pada Jumaat lalu, 26hb, kami sekeluarga menghantar si kembar, Raudhah dan Raihan ke Kem Kecemerlangan Diri anjuran Berita Harian. Taklah jauh sangat, satu jam perjalanan dari Petaling Jaya ke Tol Tanjong Malim. Cuma laluan nak masuk ke Kem Rekreasi Sungai Gading, Ulu Bernam tu, memang mencabar, satu motivasi awal untuk ibubapa. Dalam hujan lebat, bergilir2 masuk ke kem sejauh 5 km melalui jalan yang muat2 sebuah kereta. Bagaimanalah masa nak ambik nanti, pastinya kereta berpusu-pusu dan sesak, maka sabar ajelah ya.
Semoga anak dua orang tu tabah mengharungi kehidupan dalam hutan kecil tu dan kenal erti hidup...

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Tuesday, December 23, 2008

Bersama Remaja


Sesekali bawak anak-anak dara dan bujang sorang ni ke Sunway Piramid, macam2 yang dimintaknya. Jangkanya nak main bowling, tapi penuh sampai 28hb ni, ada pertandingan, esoklah ke tempat lain. Bookinglah tiket wayang, Cicakman 2, malam nanti dengan famili...

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Monday, December 22, 2008

Jangan Berlari Dalam Rumah

Pesanan untuk anak-anak kita, jangan berlari dalam rumah, banyak hazard yang bersepah dalam rumah kita tu, termasuk garpu, mujur tak kena mata, kalau tidak dah tentu jadi kassim selamat...Hazard, bahaya dan kemalangan bukan sahaja ada dan berlaku di tempat kerja, hatta dalam rumah, jaga keselamatan...
selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Sunday, December 21, 2008

SABAK BERNAM

Cuti hujung minggu ke Kampung Tebok Jawa, Sabak Bernam, menghadiri perkahwinan sepupu orang rumah.
Dalam perjalanan balik ternampak arca berikut yang unik. Nak siar gambar pengantin, dah selalu sangat kan.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Friday, December 12, 2008

Bencana lagi







Dalam perjalanan balik ke Pontian km 146 Plus Highway pada 7 Dis 2008 lalu.
Dalam kesibukan wartawan dan warga media berkampung di Bukit Antarabangsa, satu kemalangan meragut 10 nyawa berlaku di keheningan 2 pagi.
Gambar dirakam kala sampai di lokasi lebih kurang jam 7:15 pagi.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Saturday, December 6, 2008

Tanah Runtuh


8 maut, 14 banglo tertimbus di Ampang

KUALA LUMPUR: 8 orang dikuatiri maut apabila 14 banglo tertimbus dalam kejadian tanah runtuh paling dahsyat di Jalan Bukit Mewah dan Jalan Mewah Utama di Bukit Antarabangsa, Ampang, kira-kira jam 4 pagi tadi.

[Petikan gambar dan berita dari Berita Harian On Line 6 Dis 2008]


Komen : Apakah tidak cukup ikhtibar dari kejadian Highland Towers?

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Wednesday, December 3, 2008

Keselamatan di Jalan Raya


Awas, jaga2 bang...


selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Bahaya Tandas Duduk


Tandas cangkung, kena cangkung.
Tandas duduk, kena duduk, bukan bertenggek

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Servis Keta

Sambil2 duduk tunggu keta diservis mekanik kat Hyundai Servis Center, Jalan Klang Lama ni, jengok2lah jugak blog ni. Kesian keta tu, dialah yang di bawak ke hulu ke hilir, sejak Serena meragam. Banyak jasa dia tu, kenalah jaga baik2...
Ada pc disediakan di ruang menunggu, ahh class gitu. Baguz gak kalau setiap servis center sediakan kemudahan begini, ada nescafe free lagi, cuma biskut aje xde..

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan