Thursday, August 28, 2008

Ikram, Celcom dan MBPJ



Alhamdulillah pada 27 dan 28hb Ogos 2008 lalu telah selesai diadakan kursus kad hijau untuk satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan iaitu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Setinggi tahniah kepada pengurusan MBPJ yang telah mempunyai kesedaran menganjurkan kursus ini kepada kakitangannya, dari Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan. Terimakasih Jabatan Kawalan Bangunan dengan cenderahati yang diberi.



Sambutan dari kedua-dua Bahagian amatlah memberangsangkan. Pelbagai idea diutarakan, disamping bertukar-tukar pendapat, khususnya pihak MBPJ sendiri dalam langkah mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaannya.



Kursus Kad Hijau adalah satu langkah awal untuk mewujudkan kesedaran tentang Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan pekerja.



Sebelum itu pada 19hb Ogos, saya mengendalikan kursus untuk pelajar-pelajar ISRA, nama baru Ikram Latihan. Tahniah kepada Bos ISRA, tenaga pengajar di sana yang berterusan memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan kursus ini.



Selepas ISRA, pada 20 dan 21 Ogos 2008 lalu, saya ke CELCOM. CELCOM pun ambik kad Hijau?. Ya bukan sahaja CELCOM, tetapi juga vendornya seperti Alcatel dan Silver Ridge yang pekerjanya telahpun mempunyai Kad Hijau. Sudah pasti ini semua wujud dari kesedaran pentingkan keselamatan di tempat kerja. Untuk Celcom, tahniah kepada Risk Managemant, terutama En Azhar yang bertungkus lumus menjadikan kursus ini satu kenyataan. Dengar khabar bukan senang mengumpulkan pekerja dari berbagai Bahagian dan lokasi yang bertaburan, dari Bukit Tinggi, Kepong, Seremban dan merata lagi, makanan yang disediakanpun sedappp.


Hujung minggu pulak, 24hb bersama pekerja Swis Construction, kontraktor cable. Bersama-sama saudara-saudara dari Seberang juga beberapa pekerja tempatan. Oh terkejut jugak boleh jumpa orang kampung dari Pekan Nanas, Pontian.


Terimakasih semua dan tahniah.

3 comments:

en_me said...

siapakah orang kampong dari pekan nenas ittewww.. salam ramadhan bro

krskintaselatan said...

Tahniah semoga bertambah rezeki, bukan tambah isteri... kah. kah. Teruskan usaha, tingkatkan prestasi...Kalau ada program untuk dikongsi di sekolah boleh diaturkan..

ADIK BONGSU KOME said...

yuhuu...
amboi..msti gn kabel ni..2 sb dpt msuk MBPJ.. kan..kan...
well..org skrg ni ad subjek psal industy n commercial..
brkaitan keselamatan la..
yg penting..HEARING!!!!
jgn lp inform dlm kursus kad hijau..utk pekerja construction..pki la earmuff...
pnting utk teling n pndengaran anda..
nti dpt HF loss..dh xdgr plak org ckp ape