Thursday, August 28, 2008

Ikram, Celcom dan MBPJ



Alhamdulillah pada 27 dan 28hb Ogos 2008 lalu telah selesai diadakan kursus kad hijau untuk satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan iaitu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Setinggi tahniah kepada pengurusan MBPJ yang telah mempunyai kesedaran menganjurkan kursus ini kepada kakitangannya, dari Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan. Terimakasih Jabatan Kawalan Bangunan dengan cenderahati yang diberi.



Sambutan dari kedua-dua Bahagian amatlah memberangsangkan. Pelbagai idea diutarakan, disamping bertukar-tukar pendapat, khususnya pihak MBPJ sendiri dalam langkah mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaannya.



Kursus Kad Hijau adalah satu langkah awal untuk mewujudkan kesedaran tentang Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan pekerja.



Sebelum itu pada 19hb Ogos, saya mengendalikan kursus untuk pelajar-pelajar ISRA, nama baru Ikram Latihan. Tahniah kepada Bos ISRA, tenaga pengajar di sana yang berterusan memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan kursus ini.



Selepas ISRA, pada 20 dan 21 Ogos 2008 lalu, saya ke CELCOM. CELCOM pun ambik kad Hijau?. Ya bukan sahaja CELCOM, tetapi juga vendornya seperti Alcatel dan Silver Ridge yang pekerjanya telahpun mempunyai Kad Hijau. Sudah pasti ini semua wujud dari kesedaran pentingkan keselamatan di tempat kerja. Untuk Celcom, tahniah kepada Risk Managemant, terutama En Azhar yang bertungkus lumus menjadikan kursus ini satu kenyataan. Dengar khabar bukan senang mengumpulkan pekerja dari berbagai Bahagian dan lokasi yang bertaburan, dari Bukit Tinggi, Kepong, Seremban dan merata lagi, makanan yang disediakanpun sedappp.


Hujung minggu pulak, 24hb bersama pekerja Swis Construction, kontraktor cable. Bersama-sama saudara-saudara dari Seberang juga beberapa pekerja tempatan. Oh terkejut jugak boleh jumpa orang kampung dari Pekan Nanas, Pontian.


Terimakasih semua dan tahniah.

Monday, August 18, 2008

Kad Hijau ke Utara



Alhamdulillah pada awal Ogos yang lalu, sessi Kursus Kad Hijau di Polimas telah berlangsung. Peserta telah didedahkan dengan dunia realiti alam pekerjaan. Memang agak mencabar dan memerlukan jati diri yang bukan kepalang.

Sambutan dan kerjasama peserta begitu baik. Dengan hasrat bukan semata-mata inginkan Kad Hijau tetapi juga pengetahuan tentang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Tahniah kepada peserta yang telah mengambil satu langkah ke hadapan menyiapkan diri dalam aspek Keselamatan dan Kesihatan.
Jangan lupa tunjukkan saja kad anda kepada senior anda di pejabat anda nanti atau "this is my card"....
Tunggu sessi di Ikram dan Celcom, Aik? celcom pun ambik kad hijau. Membuktikan betapa Kad Hijau telah diterima sebagai satu keperluan.