Wednesday, June 11, 2008

Pihak CIDB telah memperkenalkan Kursus ini sebagai satu kaedah memberi maklumat dan pendedahan tentang keselamatan termasuk peruntukan undang-undang, pengurusan tapakbina, alat-alat pelindung keselamatan dan berbagai isu yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan juga kebajikan. Kursus sehari [6 jam] ini wajib dihadiri oleh mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan tapak-tapak pembinaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Projek, Jurutera, Pekerja mahir dan tidak mahir, buruh-buruh, pengendali kantin termasuklah juga pengawal-pengawal keselamatan. Tidak ketinggalan pemandu lori, operator crane dan pembekal-pembekal bahan binaan.
Syarat untuk mendapatkan kad hijau adalah ;
  1. Mengemukakan Borang Permohonan UPP1 yang lengkap
  2. Menghadiri Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan

Keperluan dokumen semasa pendaftaran Borang UPP1;

  • Pekerja Tempatan ;
  1. Bayaran pendaftaran RM50.00
  2. Salinan kad pengenalan yang disahkan
  3. Sekeping Gambar saiz kad pengenalan
  4. Salinan sijil akademik / kemahiran yang tertinggi yang disahkan
  • Pekerja Asing
  1. Bayaran Pendaftaran RM25.00
  2. Salinan Pasport dan Permit Kerja yang masih sah yang disahkan oleh Majikan [Majikan perlu berdaftar dengan CIDB]
  3. Sekeping Gambar saiz kad pengenalan
  4. Salinan sijil akademik / kemahiran yang tertinggi yang disahkan

Borang2 beserta bayaran perlu dikemukakan kepada pihak CIDB 14 hari sebelum tarikh kursus. Sebagai nilai tambah pemegang kad Hijau akan mendapat Topi keselamatan percuma [tertakluk kepada simpanan dan promosi pihak CIDB] dan juga Insuran Berkelompok.

Saya adalah Jurulatih Bertauliah yang dilantik oleh pihak CIDB untuk mengurus dan melaksanakan kursus ini. Saya boleh dihubungi di No Hp 019-3202 750 atau emel ahayimn@yahoo.com untuk maklumat lanjut dan perlaksanaan kursus.

3 comments:

ruzifamili said...

Komen2:

1. Perkemaskan background.. belajo ngan mira, dia teror

2. Insert lagi gambo2 kursus yang telah dijlnkan dengan info dan maklumat di mana kursus telah dilaksanakan dengan jayanya

3. Lain2 komen akan menyusul dari semasa ke semasa.

en_me said...

komen jangan tak komen..

anyway, syabas bro, keep it up..

ADIK BONGSU KOME said...

haha..ad blog sndri tu...