Thursday, October 30, 2008

Gebeng, Kuantan










Dari 29 hingga 31 Oktober pula ke Gebeng Kuantan. Pelajar-pelajar di sini amat responsif, kelas jadi meriah, tidak bosan, bersemangat dan ceria. Yang pasti masing-masing gembira dengan helmet, ahh mungkin dipakai masa raya haji nanti. Apa salahnya sesekali tukar fesyen, keselamatanlah katakan...



Friday, October 24, 2008

Behrang dan Sungai Kelah


19 Oktober 2008 di Behrang pulak.
Kesempatan ke sana sempena raya, bawa sekali family. Rumah adik ipar juga di Behrang 2020. Ahh meraka ke Sungai Kelah, saya ajelah berceramah. Tugasan tetap tugasan.

Merlimau


Pada 15 dan 16 Oktober 2008 lalu, dalam mood raya pelajar Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka telah mengadakan kursus kad hijau. Pelajar yang akan mengikuti Latihan Industri (LI) pada semester depan telah mengikuti kursus ini dengan tekun. Tahniah kepada semua. Cukup terharu dengan layanan dan kemudahan yang disediakan, terimakasih kepada Pensyarah-pensyarah.

Saturday, October 11, 2008

UiTM Sarawak


Pada 10 Oktober Naik belon lagi ke Sarawak Bumi Kenyalang. Kali ini bawak Mem dan anak bungsu, Sakinah. Kelas pada 12hb. Saja datang awal untuk luangkan masa berjalan2 ke Satok dan Serikin. Tak lupa pekena mi kolok, laksa sarawak. Ops ada ayam penyet.





Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat samada yang telah memiliki Kad Hijau atau belum. Dengan adanya Kad Hijau bukan bermakna kita selamat dari segala bala, kemalangan, bencana, kecederaan mahupun segala musibah. Semua itu bergantung kepada kesedaran, langkah pencegahan kita juga tidak ketinggalan Takdir dari yang maha Esa.

Justeru jagalah keselamatan setiap masa terutama di musim perayaan ini. Semoga semuanya selamat dan terpelihara. Maaf Zahir Batin.

Dungun 24 September 2008






















Pada 24 september saya ke Dungun, menggantikan rakan trainer yang bersalin. Mengendalikan kursus untuk Pensyarah bukanlah satu kerja mudah, ada Ketua Jabatan, Ketua Kursus, Imam, Puan Pensyarah yang mengandung, tidak ketinggalan pensyarah lelaki yang turut 'mengandung'.

Namun sambutan daripada mereka amat menggalakkan, pendek kata tarak sombong punya. Terimakasih kepada Tn Hj Hassan, KJ yang turut meluangkan masa hadir sama dan tentu sekali kepada En. Hanifah yang bertungkus lumus membantu saya menjayakan kursus ini.

Kesempatan ke Pantai Timur diambil untuk merasai makanan sana, akok dan nasi minyak yang dah lama tak pekena. Buka sorang-sorang aje dalam bilik di Bauk Inn, sedih ooo. Sahurpun pekena tomyam, yang dibeli pada sebelah malamnya. Ahh biasalah, stail bujang.

Anyway, saya menunggu lagi panggilan dari sana, jika ada rezeki.

Tuesday, September 16, 2008

JKR oh JKR


10hb lalu, saya kendalikan pula kursus Kad Hijau untuk pegawai-pegawai JKR, unit Jalan, ibu pejabat. Kursus diadakan di Bangunan Tun Dr Ismail, sebelah Mara tu... sempat gak meninjau suasana di Mara dan Pertama, makin meriah. Sambil mengimbau zaman remaja, situlah pot dengan kawan-kawan rumah sewa, Laja, Karim, Hadi.

Apapun sporting juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Jalan JKR, Tuan Fawzi dan Jurutera-jurutera Kanan serta Pegawai-pegawai yang lain. Ah tergelak sakan bila dengan cerita si Yon ya, nakal jugak budak tu... baik-baik kalau pakai kain, jangan sampai ter'vakum'...