Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat samada yang telah memiliki Kad Hijau atau belum. Dengan adanya Kad Hijau bukan bermakna kita selamat dari segala bala, kemalangan, bencana, kecederaan mahupun segala musibah. Semua itu bergantung kepada kesedaran, langkah pencegahan kita juga tidak ketinggalan Takdir dari yang maha Esa.

Justeru jagalah keselamatan setiap masa terutama di musim perayaan ini. Semoga semuanya selamat dan terpelihara. Maaf Zahir Batin.

Dungun 24 September 2008






















Pada 24 september saya ke Dungun, menggantikan rakan trainer yang bersalin. Mengendalikan kursus untuk Pensyarah bukanlah satu kerja mudah, ada Ketua Jabatan, Ketua Kursus, Imam, Puan Pensyarah yang mengandung, tidak ketinggalan pensyarah lelaki yang turut 'mengandung'.

Namun sambutan daripada mereka amat menggalakkan, pendek kata tarak sombong punya. Terimakasih kepada Tn Hj Hassan, KJ yang turut meluangkan masa hadir sama dan tentu sekali kepada En. Hanifah yang bertungkus lumus membantu saya menjayakan kursus ini.

Kesempatan ke Pantai Timur diambil untuk merasai makanan sana, akok dan nasi minyak yang dah lama tak pekena. Buka sorang-sorang aje dalam bilik di Bauk Inn, sedih ooo. Sahurpun pekena tomyam, yang dibeli pada sebelah malamnya. Ahh biasalah, stail bujang.

Anyway, saya menunggu lagi panggilan dari sana, jika ada rezeki.

Tuesday, September 16, 2008

JKR oh JKR


10hb lalu, saya kendalikan pula kursus Kad Hijau untuk pegawai-pegawai JKR, unit Jalan, ibu pejabat. Kursus diadakan di Bangunan Tun Dr Ismail, sebelah Mara tu... sempat gak meninjau suasana di Mara dan Pertama, makin meriah. Sambil mengimbau zaman remaja, situlah pot dengan kawan-kawan rumah sewa, Laja, Karim, Hadi.

Apapun sporting juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Jalan JKR, Tuan Fawzi dan Jurutera-jurutera Kanan serta Pegawai-pegawai yang lain. Ah tergelak sakan bila dengan cerita si Yon ya, nakal jugak budak tu... baik-baik kalau pakai kain, jangan sampai ter'vakum'...

Jatuh dari tingkat berapa boleh mati

Ah agak nakal soalan ini. Kalau dah dinamakan kemalangan dan ajal, dari kerusipun boleh mati. Tapi warga Bangladesh selamat setelah jatuh dari tingkat 12.

Hujung Minggu di Sungai Lang

Berada di Sungai Lang seperti berada di halaman sendiri. Ah tempat tok [sebelah isteri] lah katakan. Meriah jugak budak Awam dan Elektrik. Juadah berbuka sungguh menyelerakan. Bila time bersahur, berbaris dgn pljr2 beli makanan. Hotel Anjung Pesona, memang mempesonakan. Oh tidak ketinggalan imam tarawih, mengasyikkan. Agak terkilan, tak sempat tunggu dodol masak. Depa buat dodol pd hari terakhir kursus 14hb tu.

Thursday, August 28, 2008

Ikram, Celcom dan MBPJ



Alhamdulillah pada 27 dan 28hb Ogos 2008 lalu telah selesai diadakan kursus kad hijau untuk satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan iaitu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Setinggi tahniah kepada pengurusan MBPJ yang telah mempunyai kesedaran menganjurkan kursus ini kepada kakitangannya, dari Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan. Terimakasih Jabatan Kawalan Bangunan dengan cenderahati yang diberi.



Sambutan dari kedua-dua Bahagian amatlah memberangsangkan. Pelbagai idea diutarakan, disamping bertukar-tukar pendapat, khususnya pihak MBPJ sendiri dalam langkah mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaannya.



Kursus Kad Hijau adalah satu langkah awal untuk mewujudkan kesedaran tentang Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan pekerja.



Sebelum itu pada 19hb Ogos, saya mengendalikan kursus untuk pelajar-pelajar ISRA, nama baru Ikram Latihan. Tahniah kepada Bos ISRA, tenaga pengajar di sana yang berterusan memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan kursus ini.



Selepas ISRA, pada 20 dan 21 Ogos 2008 lalu, saya ke CELCOM. CELCOM pun ambik kad Hijau?. Ya bukan sahaja CELCOM, tetapi juga vendornya seperti Alcatel dan Silver Ridge yang pekerjanya telahpun mempunyai Kad Hijau. Sudah pasti ini semua wujud dari kesedaran pentingkan keselamatan di tempat kerja. Untuk Celcom, tahniah kepada Risk Managemant, terutama En Azhar yang bertungkus lumus menjadikan kursus ini satu kenyataan. Dengar khabar bukan senang mengumpulkan pekerja dari berbagai Bahagian dan lokasi yang bertaburan, dari Bukit Tinggi, Kepong, Seremban dan merata lagi, makanan yang disediakanpun sedappp.


Hujung minggu pulak, 24hb bersama pekerja Swis Construction, kontraktor cable. Bersama-sama saudara-saudara dari Seberang juga beberapa pekerja tempatan. Oh terkejut jugak boleh jumpa orang kampung dari Pekan Nanas, Pontian.


Terimakasih semua dan tahniah.

Monday, August 18, 2008

Kad Hijau ke Utara



Alhamdulillah pada awal Ogos yang lalu, sessi Kursus Kad Hijau di Polimas telah berlangsung. Peserta telah didedahkan dengan dunia realiti alam pekerjaan. Memang agak mencabar dan memerlukan jati diri yang bukan kepalang.

Sambutan dan kerjasama peserta begitu baik. Dengan hasrat bukan semata-mata inginkan Kad Hijau tetapi juga pengetahuan tentang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Tahniah kepada peserta yang telah mengambil satu langkah ke hadapan menyiapkan diri dalam aspek Keselamatan dan Kesihatan.
Jangan lupa tunjukkan saja kad anda kepada senior anda di pejabat anda nanti atau "this is my card"....
Tunggu sessi di Ikram dan Celcom, Aik? celcom pun ambik kad hijau. Membuktikan betapa Kad Hijau telah diterima sebagai satu keperluan.