Monday, January 25, 2010

Belasungkawa Almarhom Paduka Sultan Iskandar


Berkabung 7 hari....

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Thursday, January 14, 2010

Bila Bapa tak mengaku anak. Bila anak buang Bapa

Apa perasaan kita bila berpeluang menemui bapa yang telah terpisah selama 40 tahun. Tentu teruja dan amat dinantikan. Namun tidak demikian bagi Wan Shahril Wan Anuar. Betapa hancur luluh hatinya, perasaan rindu yang terpendam selama ini, diakhiri dengan penafian bapanya yang cukup mengguris hatinya. Ayah kandung yang dirindui selama ini, telah tidak mengaku dia anaknya dan kehadirannya itu cuma inginkan hartanya sahaja. Tindakannya kini memohon untuk menukar nama bapanya dalam MyKad kepada Abdullah sahaja.
Kelmarin pula seorang anak dengan selambanya pula telah meninggalkan ayahnya, Abdul Rahman Talib, 57 tahun, yang baru menjalani pembedahan jantung di Perhentian Bas dengan alasan bapanya mengganggu ketenteraman keluarganya. Menurutnya lagi bapanya itu memang suka hidup merempat dan sebatang kara...
Yang pastinya kedua-dua kes ini mempunyai sejarah yang sama iaitu, ibu bapa mereka telah bercerai. Mungkin ada pengajaran yang boleh diambil darinya.
Aduhai, insaflah, selagi kita ada ayah dan ibu, berbaktilah kepada mereka...
selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Tuesday, January 12, 2010

Budi Bahasa

Seorang gadis dengan susah payahnya berjalan menuju ke lif dengan file penuh ditangan. Ahh kena tolong ni. Pintu lif terbukak. 'Masuklah Dik..." pelawa Pak Cik. "Ahh tunggu sekejap ya" Katanya sambil membetulkan kedudukan file2 yang hampir terjatuh. Pak Cik tekan tombol Open sehinggalah dia masuk. "Nak pergi tingkat berapa Dik?" Tanya Pak Cik lagi. "Satu" Ringkas jawabnya. Sampai tingkat 1, pintupun terbukak, si gadis yang penuh file di tangannya terus keluar, tanpa menoleh ke arah Pak Cik apatah lagi mengucapkan "Terimakasih Pak Cik", [@ Abang], ataupun cukuplah sekadar menganggukkan kepala. Bukanlah harap sangat, tetapi berbudi bahasalah...
Adik yang kerja di Tingkat 1, Plaza Alam Central, Shah Alam, yang penuh file di tangannya, belajar2 berbudi bahasa.
selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Friday, January 8, 2010

Sapa nak karaoke

Sambungan makan-makan dengan famili di tepi padang. Tengah sedap2 pekena tomyam sambil tonton berita di layar besar, tiba2 berdentum pulak lagu rock dari gerai sebelah, ohhh rupanya ada tempat karaoke... Alamak mana satu nak dengar ni. Dua-dua gerai pakai speaker, punyailah bunyi... nak suap nasipun tak selesa, udangpun bergojet dibuatnya. Aduhai. Mujur ada 2 gerai, kalau 3, kalau 5 dan masing-masing pasang speaker....Cuba bermuafakat, ada cara lain untuk tarik pelanggan selain kebingitan begitu.. Sudahlah masing2 jual benda yang sama...
Seperti di Dataran Gambut, Kuantan, di buat gerai banyak2 di kawasan itu, dan masing-masing gerai jual masakan yang berbeza, ada szilling, nasi goreng yang beraneka, beraneka mee, nasi lemak kukus, satay, burger, yong taw foo, dll, tapi cuma ada 1 layar besar. Itu saja. Pelanggan datang dengan aman, makan dengan selesa, volumepun taklah bingit sangat. Kalau boleh kita sebangsa ni bersainglah secara sihat dan kreatif...

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Wednesday, January 6, 2010

Makan apa tadi Pak Cik

Duduk Pak Cik, Ya nak makan apa? Pelayan gerai di tepi padang datang menyapa..
Ok saya nak tomyam campur, telur beefsteak, kailan belacan, ayam paprik, nasi goreng. Si abang meyampuk, nak otak-otak jugak, si kecil yang kelaparan selepas sesi latihan renangnya merengek nak cepat. Maknya pulak sibuk nak satay...Sambil menunggu layan jugaklah berita yang dipapar ke skrin besar. Tiba-tiba berdentum pulak bunyi muzik dari pembesar suara dari gerai sebelah. Hai gerai sebelah menyebelah ada speaker masing-masing. Mana satu nak dengar ni...[cerita di lain Post...] Bila makanan sampai, makanlah dengan lahapnya, maklum lepas berenang [anak-anak ajelah..]
Tibalah masa nak bayar, panggillah pelayannya, datanglah si gadis tadi, sambil bertanya, "Makan apa tadi Pak Cik?"... Pantangnya Pak Cik bila nak bayar, ditanya lagi makan apa tadi...Mau aje jawab, bawang kecil, bawang putih, sos, air, daun limau purut, cili, daging ayam, udang kecik, serai, belacan, daun kailan, telur, sos tiram. Huh, tak boleh ke bila ambik order tadi, simpan catatan order di kaunter, catatkan no meja, catatkan harga setiap order tadi, siap sedia dengan jumlah harga bila pelanggan siap makan. Aduhai...

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan