Saturday, November 29, 2008

Jitra

BilA beradA di Pekan JitRA, jangan lupA pekenA Char Keow Teow.
Memang How Liaw

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Shah Alam


Di Shah Alam, sebagaimana biasa, respon dari student ni memang galak.


selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Wednesday, November 26, 2008

Jalan-Jalan Cari Makan

Dari Ipoh, balik ke Shah Alam untuk menyambung siri 'jalan-jalan cari makan' dari 24 hingga 27hb, ops mungkin hingga 28hb. Sebelum menyambung misi di Jitra pada 29hb.
Jumpa di sana, sana, sana....


selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Limau Tambun


Kesempatan berada di Ipoh diambil untuk beli Limau di Hentian Limau Tambun. Ahh rupa2 ada isi putih yang biasa tu dan satu lagi isi merah, tak kurang menggiurkan. Cukuplah setengah bonet kereta.
Kalau tak cukup kat kedai tu, bawak balik saja yang sebiji besor gedabak kat luar tuuuu...


selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Fajar Menyingsing

















Pemandangan matahari menjengah sinarnya di PLUS highway.
Maha suci Tuhan yang mencipta alam maya ini.

Lawaknya kha.. kha.. kha...

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Saturday, November 22, 2008

Politeknik Ungku Omar

Bangun pukul 4.30 subuh,
Pukul 5.00 subuh meninggalkan rumah,
Berhenti solat subuh hentian sebelah sebelum exit Behrang,
Menikmati pemandangan indah sepanjang Lebuhraya Utara Selatan di waktu matahari terbit,
7.30 selamat sampai di Ipoh Selatan, menyusuri Jalan Raja Mahadi menuju Politeknik Ungku Omar untuk pertama kali.

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Wednesday, November 19, 2008

Kolej Komuniti Kuala Langat

Kolej Komuniti Kuala Langat sudah bermula agak lama. Ini tahun ke 4. Jabatan Kejuruteraan Elektrik tetap mendukung betapa keselamatan perlu menjadi keutamaan kepada pelajar mereka, syabas.
Dengan hidangan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang, apa lagi yang sesuai untuk dikatakan... gendang gendut tali kecapi....
Ahh segaknya dengan Helmet, jangan lupa pakai masa Raya Haji nanti ya, sebagai langkah keselamatan takut-takut di tendang lembu masa korban...

selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

IKM Jasin Dalam Kenangan


Pada 10hb November 2008 sekali lagi IKM Jasin menggamit. Melayani gelagat pelajar semester akhir memang gamat, ahh pasti gamat. Sedikit pasakan sebagai bekalan untuk mereka menghadapi dunia pekerjaan.


selagi hayat dikandung badan, hargai nikmat dan keselamatan

Saturday, November 8, 2008

Minggu Endurance

Sempena perlumbaan kuda lasak sedunia, minggu ni juga merupakan minggu lasak bagi saya. Tadi melayani kelas di Behrang, 9hb Koperasi CIDB di Jalan Chan Siow Lin, 10hb di Jasin Melaka, 11 dan 12hb Sri kembangan, 13hb rehat beb, jalankan tugas YDP kat SRA Ibnu Rusyd, Hari Anugerah Kecemerlangan 2008, 14hb ke jasin semula, diikuti dengan Behrang lagi pada 15 dan 16hb, Alhamdulillah...

Thursday, November 6, 2008

Komen dari anak murid

On the next day, i attended the ceramah CIDB (Construction Industry Development Malaysia) by MR Abdul Hayi Bin Md Noh for my 'GREEN CARD'..as i have my practical trainin next sem, this ceramah (ceramah o kursus hah? ermm..dunno..wuteva) s very important bcoz if x pegi ceramah=no 'GREEN CARD'=can't enter the construction site=kesiannn..ish ish ish~~ seriously bezzz bcoz Mr Abdul Hayi is AWESOME!!! He's a very funny n slumber yaya man..For more info bout Mr Abdul Hayi, feel free to visit his own blog at alhayi.blogspot.com..at the end of it, finally we gt our own 'GREEN CARD' n safety helmet..Bezzz wooo, boh jeles..hihihi!
-http://goldishazy.blogspot.com

= ahh malu lahhh...

Wednesday, November 5, 2008

Bersama Pemain Import

Sesekali melayan peserta dari Luar Negara terikut-ikut jugak loghrat mereka. Bersama mereka ini banyak keluhan betapa Majikan hanya membutuhkan keringat mereka. Soal keselamatan hanya sekadar memenuhi tuntutan bukan kesedaran dan keperluan.
Joko Kasihan, Kasiono, Md Milon Kabir, Tafazzal Hossain dan rakan-rakan...

Saturday, November 1, 2008

Black Stone & De Rhu

Kesempatan berada 3 hari di Sungai Karang, Kuantan dapatlah merasai 2 lokasi penginapan yang berbeza. Malam pertama dan ketiga di De Rhu. Malam kedua di Batu Hitam, memang di belakangnya ada sekelompok batu Hitam.

Seronok? Bising pulak malam ketiga sebab compressor luar vibrate kuat sangat. Nasib baik dapat tukar bilik. Tapi awal malam lagi pintu bilik jiran sebelah dah gantung 'Jangan Ganggu', maklum malam jumaat agaknya....

Sessi Gebeng

Selamat tinggal Pantai Balok, pelajar-pelajar di ILP Kuantan, Gebeng dan tenaga pengajar yang bertungkus lumus menjayakan kursus ini. Jarang ada Institusi yang menyediakan juadah untuk Trainer. Tapi di sini, sampai tak sempat lapar. Dari nasi lemak, nasi dagang, nasi goreng, karipap, sop ayam, sambal belacan yang hingga menjilat jari, udang pulak besor2, lupa ada gout, semua ada...
Semoga ketemu lagi di lain kesempatan. Kechik tapak tangan, nyiru kami tadahkan...