Wednesday, June 11, 2008

Pihak CIDB telah memperkenalkan Kursus ini sebagai satu kaedah memberi maklumat dan pendedahan tentang keselamatan termasuk peruntukan undang-undang, pengurusan tapakbina, alat-alat pelindung keselamatan dan berbagai isu yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan juga kebajikan. Kursus sehari [6 jam] ini wajib dihadiri oleh mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan tapak-tapak pembinaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Projek, Jurutera, Pekerja mahir dan tidak mahir, buruh-buruh, pengendali kantin termasuklah juga pengawal-pengawal keselamatan. Tidak ketinggalan pemandu lori, operator crane dan pembekal-pembekal bahan binaan.
Syarat untuk mendapatkan kad hijau adalah ;
  1. Mengemukakan Borang Permohonan UPP1 yang lengkap
  2. Menghadiri Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan

Keperluan dokumen semasa pendaftaran Borang UPP1;

  • Pekerja Tempatan ;
  1. Bayaran pendaftaran RM50.00
  2. Salinan kad pengenalan yang disahkan
  3. Sekeping Gambar saiz kad pengenalan
  4. Salinan sijil akademik / kemahiran yang tertinggi yang disahkan
  • Pekerja Asing
  1. Bayaran Pendaftaran RM25.00
  2. Salinan Pasport dan Permit Kerja yang masih sah yang disahkan oleh Majikan [Majikan perlu berdaftar dengan CIDB]
  3. Sekeping Gambar saiz kad pengenalan
  4. Salinan sijil akademik / kemahiran yang tertinggi yang disahkan

Borang2 beserta bayaran perlu dikemukakan kepada pihak CIDB 14 hari sebelum tarikh kursus. Sebagai nilai tambah pemegang kad Hijau akan mendapat Topi keselamatan percuma [tertakluk kepada simpanan dan promosi pihak CIDB] dan juga Insuran Berkelompok.

Saya adalah Jurulatih Bertauliah yang dilantik oleh pihak CIDB untuk mengurus dan melaksanakan kursus ini. Saya boleh dihubungi di No Hp 019-3202 750 atau emel ahayimn@yahoo.com untuk maklumat lanjut dan perlaksanaan kursus.